Bisikan Nurani

Isnin, 31 Disember 2012

2013 Dairi Kehidupan Sudah Bermula, Lakukan Yang Terbaik



Sudah bermula hari ini titik permulaan tahun 2013, bermakna selangkah lagi usia kita bertambah, maknanya kehidupan sepatutnya semakin matang dan ekoran dari kematangan itu maka kita seharusnya kini lebih rasional dalam aspek pemikiran. Setidak-tidaknya kita tahu menilai sesuatu perkara yang buruk dan sesuatu yang baik. Pemikiran lebih rasional dari kita sendiri amat penting demi meneruskan kelangsungan hidup kita di era 2013. SELAMAT MENJALANI DAN MENCATAT DAIRI KEHIDUPAN 2013, LAKUKAN LAH YANG TERBAIK.

Ayuhlah contohi dairi hidup Rasulullah SAW, dialah sebaik-baik ikutan, dialah penghulu segala nabi dan nabi akhir zaman. Hakikatnya kita tidak mampu mengikut jejaknya dan menyulam dairi kehidupan dia sesempurna amalan Rasulullah, tetapi tunaikan lah semampu dan seikhlas nurani kita dalam melayarkan dairi kehidupan 2013 secara berterusan mengamalkan sunnah nabi. Ya, sunah nabi yang sememangnya mudah kita lakukan tetapi kita meremehkannya hanya kerana kesibukkan menjalani kehidupan masa kini. Siapa lagi yang boleh dijadikan contoh sekiranya bukan Rasulullah SAW. Dialah manusia terbaik yang mampu mengolah kehidupan sementara menjadi lebih bermakna. Nabi pernah berkata " Yang paling cerdas dan mulia di antara umatku adalah mereka yang banyak mengingati marti, lalu mempersiapkan hidup sesudah mati." Jelas di sini kata-katanya ini merujuk kepada DAIRI kehidupan kita sehari-hari, baiknya amalan maka baiklah hidup di akhirat dan sebaliknya buruk amalan kita maka buruklah kehidupan di akhirat. Wallahualam.

Lakukanlah teruskanlah permantapkanlah pertambahakanlah zahirkanlah dan laksanakanlah amalan-amalan yang baik demi mengisi dairi kehidupan yang bermula hari ini dengan  menjaga 5 perkara :-
  • Dirikanlah solatmu dengan teratur dan tidak putus waktu.
  • Carilah rezeki dengan cara halal dengan titik peluhmu sendiri.
  • Bersedekahlah pada semampu seikhlasmu dan di jalan yang benar.
  • Berpegang teguhlah pada kalimah Allah dan amalkan sunah nabi.
  • Pertahankan kebenaran dan menolak kebathilan.
ziekaetuza

Isnin, 24 Disember 2012

Tenteramkan Jiwa Kita Dengan Zikrullah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Zikrullah bermaksud sentiasa ingat kepada kuasa Allah, sentiasa membesarkan Allah kerana sememangnya Allah itu amat berkuasa dan maha hebat. Kemana-mana sahaja kita zikrullah yakni berserah pada Allah dan memohonn perlindungan dari bala musibah, memohon rahmat dan berkat kehidupan kita sehari-hari. 

Apabila hati dan jiwa sentiasa zikrullah pastinya ketenteraman jiwa akan kita rasai, sekaligus kita merasakan benar2 bahagia kala menghadapi saat manis kehidupan kita di dunia pana. Kerana orang2 yang tidak pernah lupa kepada Allah dengan amalan  zikrullah, pasti hamba Allah itu akan dikurniakan ketenangan dan bahagia kehidupannya.

Berbanding dengan orang yang alpa, lalai dan sering lupa diri ketika hidup di dunia ini, ia akan merasa hidupnya tidak tenteram dan tidak bahagia. Keadaan lain akan berlaku apabila hidupnya dihimpit badai kemiskinan jiwa yang tenteram. Sudah pasti kemana-mana pergi orang itu merasa hina dan payah untuk mendapatkan rezeki.

Berbahagialah hambaNya yang sentiasa zikrullah, yakni menghambakan diri kepada Allah dan sentiasa ingat Allah walau ke mana langkah kakinya, kerana hakikatnya kita hidup pada hari ini atas dasar izin dan kurniaNya. Secara kesimpulannya dengan amalan zikrullah jiwa akan tenteram serta nikmat lain akan dikecapai seperti :-
  1. Merasa bahagia dan gembira di dunia ini
  2. Allah luaskan &  murahkan rezekinya
  3. Dijauhkan dari penderitaan
  4. Dimudahkan urusan
  5. Diberi keselesaan dalam rumahtangga
  6. Jauh dari sebarang musibah dan mala petaka
  7. Disenangi orang.
Sebaiknya marilah kita amalkan zikrullah, kerana ternyata amalan ini merupakan terapi jiwa yang memberikan rasa tenteram dalam jiwa kita.

zieka&azha
forever.


Sabtu, 15 Disember 2012

Semua Kebaikan Kita Sekecil Mana Dihitung Allah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

       Hari jumaat itu, penghulu segala hari. Kita usah lupa bahawa hari kiamat akhir zaman juga jatuhnya hari jumaat. Solat jumaat juga wajib pada hari jumaat, dan solat zohor 4 rakaat akan digantikan dengan solat jumaat 2 rakaat dan mendengar khutbah jumaat.

Umat Islam menunggu tibanya hari jumaat, sedia dari awal agar tidak ketinggalan di masjid dan surau yang berdekatan. Alhamdulillah dan syukran melihat ruang masjid dan surau itu penuh lega rasa hati kerana syarat solat jumaat adalah 40 jemaah. 

Khutbah jumaat lalu sangat mudah, senang dan meresap ke dalam jiwa raga sesiapa mendengarnya. Khutbah itu di sampaikan oleh Tuan Haji Ahadin Haji Arinin dengan pengisian dan penyampaian yang bersahaja dari beliau. Kenapa aku katakan sangat mudah difahami kerana katanya " Semua kebaikan dan amalan sekecil manapun akan Allah hitungkan". Bayangkan kita membuat amalan sekecil mana tetapi Allah beri imbalan pahala. Sungguh hebat Allah itu. Dapat disimpulkan secara ringkas antara saranan dan amalan yang kecil itu tetapi Allah pasti hitungkan ialah:-
  1. Memberi pertolongan kepada keluarga dalam urusan persiapan kahwin, kenduri dan gotong royong di kampung.
  2. Menumpangkan si polan dan si polan menaiki kereta sekiranya kebetulan kita melihat keadaan cuaca hujan.
  3. Bersedekah walaupun sekecil cuma.
  4. Tidak mengaibkan orang lain.
  5. Datang berjemaah dan meramaikan masjid.
  6. Membantu memasang talian air ke rumah jiran.
  7. Membantu melihat kerosakan talian air.
  8. Membersihkan kampung halaman
  9. Mendirikan solat, tidak sombong dan ikhlas membantu kerana Allah.
  10. Rajin mencari rezeki secara halal dan bersedekah.
Tengoklah, semuanya mudah kita laksanakan tetapi, apabila kita tidak menjaga hati maka kita akan terlalai lalu kita membelakangkan perkara yang wajib dan mengamalkan sikap tidak kisah walhal setiap kebaikan walaupun sekecil manapun akan dihitung oleh Allah yang maha besar.
Wallhualam...

Selasa, 4 Disember 2012

Apabila Hilangnya Rasa Malu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sifat malu adalah sifat indah yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya.Lahirnya sifat malu adalah seiring dengan iman setiap mukmin. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang,dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman"

Marilah wahai umat Nabi Muhammad alaihissalam, pertahankan lah maruah malu yang dianugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan. Kembalilah kepada jalan yang benar, dan carilah jalan kebenaran untuk kita menghampiri pintu-pintu syurga yang telah Allah janjikan. Sesungguhnya jalan ke arah kebenaran dan mencari nur cahaya dariNya amat mudah dan imbalan dariNya amat kita harapkan agar kita bahagia di lembah akhirat.

kadangkala kita terasa amat malu pada diri, apabila melihat situasi masyarakat yang seakan ramai yang terikut pada kehidupan barat, trend mendedahkan aurat begitu berleluasa. Kiri dan kanan kita, terlihat dikalangan remaja wanita yang sudah nampaknya tidak lagi menyimpan rasa malu yang Allah anugerahkan itu. Lihat sahaja ada diantara mereka yang sangat tidak menjaga aurat, malah mereka amat seronok memperagakan susuk tubuh badan dengan menggunakan pakaian-pakaian yang tidak cukup sifat. Lengan baju, seluar dipendekkan hingga terlalu mengaibkan. Tidak hairan lah jika ada yang melihat menaik kan nafsu seraka terutama golongan lelaki. Inilah yang berlaku apabila sifat malu itu semakin diabaikan.

Kembalilah ke pangkal jalan, kembalilah mengutip semula sifat malu yang telah kita lemparkan itu. Kerana dengan sifat malu itu akan terbit sikap TAQWA kepada Allah yang mentakdirkan kehidupan kita di dunia nyata ini. Hidup kita lebih bermakna apabila kita perteguhkan sifat malu dengan meletakkan sifat malu itu di dalam jiwa kita. Kepada hambaNya yang masih ada amalan sifat malu, teruskan dan pertahankan kerana Allah akan memandang hambaNya yang masih berpegang teguh kepada sikap malu yang bermaksud " malu kepada Allah dari melakukan sebarang kejahatan dan kebathilan". Wallahualam.

 etuza&ziekaazha              
~forever.

Sabtu, 1 Disember 2012

Mendidik Jiwa Agar Bersabar.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

     Amalan mendidik jiwa itu perlu diperkukuhkan dengan cara kita, dengan cara yang terbaik agar jiwa itu hidup dengan taqwa kepada Allah. Jika jiwa kita tidak terdidik dengan taqwa yakni takut kepada kemarahan  Allah angkara dosa kita itu, pastinya jiwa itu kosong dengan iman, tiada rasa takut kepada dosa walhal hukumanNya di alam akhirat amatlah berat.

Sebagai hamba Allah kita hendaklah sentiasa berfikir agar kita melayari kehidupan dengan berpegang teguh kepada kehebatan kuasa Allah. Salah satu cara mendidik jiwa kita agar hidup dengan taqwa dan iman ialah dengan cara sentiasa mengingati dan penuh keyakinan bahawa Allah itu sentiasa bersama kita, walau ke  mana kita hendak pergi.

Dengan mengingati  dan meyakini akan kehebatanNya maka kita akan terpelihara dari melakukan kemaksiatan dan kebathilan. Sesungguhnya jiwa kita mudah dihasut oleh bisikan kejahatan sekiranya kita lalai, kita lupa siapa diri kita. Lupa siapa diri kita bermakna kita bagaikan lupa bahawa kita wujud di dunia ini atas kuasa Allah yang maha besar.

Didiklah jiwa dengan mengingati Allah walau kemana, hadirkan rasa keinsafan dalam diri bahawa tiada kehebatan seperti kuasa Allah yang memberikan kita berbagai nikmat kehidupan ini. Apabila kita menjaga jiwa dan rohani kita, dengan mengingati dan meyakini kuasa hebat Allah pastinya kita berjaya menghidari perbuatan yang merosakkan kedamaian jiwa kita, seperti mengumpat, menghina, membenci sesama manusia, sombong, riak, ego, tidak bersyukur, dendam kesumat dan sebagainya perbuatan yang merosakkan kedamaian jiwa itu.

Percayalah bahawa jiwa kita akan lebih tenang apabila kita menerima hakikat bahawa mengamalkan perbuatan yang baik, mengamalkan apa jua amalan yang baik akan menjanjikan imbalan pahala yang melimpah dari Allah ajawajallah. Marilah suburkan jiwa dengan taqwa yakni takut kepada dosa dan meyekini sebenar-benarnya bahawa Allah itu maha hebat dan maha pengurnia kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

 etuza&ziekaazha              
~forever.

Search This Blog