Bisikan Nurani

Rabu, 13 Februari 2013

Hanya PadaMu Memohon Ketenangan

Wahai Allah yang maha suci
Setiap sedutan nafas ini..
Adalah kurniaanMu..
PemberianMu padaku..

Kadangkala jiwaku terlalu lemah..
Lalu kelu lidah dan kemudia merenccanakan..
Dan mengimbau masa lalu..
Kemudian terbayang masa depan..
Entah bercahaya atau kegelapan..

Tanpa mengira usia dan segalanya..
Aku sedar dari lembaian kehidupan ini..
Bahawa biar apapun kemelut..
Kesedihan membuak rasa..
Pastinya!
Hanya padaMu tempat memohon
Ketenangan abadi..

**************
( Kepada yg follow ~ akan balas follow anda,
kepada yang komen ~ sesunggunya itu amat indah,
tunggu kami datang ke lamanmu jua )
@cipta zieka azha

Search This Blog