Bisikan Nurani

Ahad, 25 November 2012

Rezeki Yang Tersurat


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita Muhammad Rasullulah, sesungguhnya kita adalah hamba pilihanNya yang seharusnya tanpa henti berselawat ke atas nabi Allah. Alhamdulillah bertemu lagi di arena maya di ruang Bisikan Nurani ini.

Biasanya orang tua masa dahulu, mereka mengamalkan awal bagun pagi, mereka rajin solat subuh, kerana kata mereka rezeki mudah dan murah jika kita amalkan bangun pagi dan solat subuh. Lepas saja solat subuh mereka ( orang tua) masa dahulu akan keluar rumah dengan siap membawa bekalan ke kebun mereka. Selesai semua kerja-kerja di kebun mereka balik dengan penuh rasa gembira kemudian melakukan kerja2 rutin di rumah. Mereka kelihatan tidak sedikitpun merasa penat, kerana inilah rutin mereka sehari-hari.

Sayang sekali pada zaman ini ( era zaman moden ) kelihatannya anak2 remaja begitu lewat bangun dan bingkas dari tidur. Sehingga solat subuh terbengkalai ( tidak solat ). Diarah untuk bangun awal, diberitahu agar bangun dan bersiap tunaikan solat mereka masih tidak endahkan nasihat itu. Mungkin tidaklah semua anak-anak remaja lelaki dan perempuan bersikap demikian tetapi  kita yakin pasti ada dan kita sendiri terbuat hingga lewat bangun pagi.

Terdetik dalam hati, kenapa ikon seperti ibubapa yang benar-benar ikhlas, sayang dan amat-amat kasihkan anak-anak, masih ada para remaja tidak endahkan kata-kata ibubapa itu. Tengoklah mentari sudah meninggi, bahkan burung pagi yang berkicau kini tidak kedengaran lagi kerana burung-burung dan unggas lain itu kini sibuk mencari makanan ke sana ke mari. Sedang masih ada yang terbuai oleh lenanya di empuk katil bertilam. negri rasanya jika tidur hingga mentari mulai di atas kepala. Bagaimana hendak mendapatkan rezeki jika begini ceritanya. Sayang seribu kali sayang....akal fikiran dan badan yang cukup sempurna jika tidak dimanfaatkan ke arah amalan yang baik serta tidak merebut peluang mencari rezeki yang tersurat di Bumi Allah benar-benar akan rugi dalam kehidupan ini.

Kepada anak-anak remaja yang kami kasihi, bagunlah diawal pagi, jemputlah dirikan solat bersama-sama, pastikan kita tidak diulit mimpi yang tak pasti akibat mengamalkan tidur yang berpanjangan. Letakkan impian dan wawasan dalam hidupmu, kerana sesungguhnya hanya orang-orang yang ada impian dan cita-cita dalam kehidupan di masa akan datang yang akan berjaya. Yakinlah bahawa Allah tidak suka kepada amalan tidur yang terlalu mengikut rasa. Allah suka membantu hambanya yang bangun dan solat subuh kemudian terus berdoa dan berusaha untuk mencari rezeki di Buminya ini. 

Rezeki yang tersurat itu sebenarnya ada di mana-mana, pilihlah jalan keluar dari bisikan nurani yang tiodak baik yakni sikap bermalasan, bisikkanlah ke nuranimu bahawa pasti kita akan berjaya mencapai cit-cita, serta alam kehidupan di masa depan yang lebih gemilang berbanding pada hari ini. Ingatlah bahawa Allah janjikan banyak kebaikan seandainya kita mahu mengabdi kepada Allah serta mengharap rezeki dariNya.

etuza&ziekaazha

~forever.

4 ulasan:

  1. Salam Zieka..

    Burung pun pandai keluar pagi2 kan Zieka, cari rezeki, rezeki tak datang bergolek

    BalasPadam
  2. Etuza, nasihat yang sgt lembut tapi bermakna, harap dapat anak2 remaja kita berubah,,,

    BalasPadam
  3. terima kasih komen2 teman blog

    BalasPadam

Ingin mendengar ketulusan hati anda, di sini ruang bermuhibah.

Search This Blog