Bisikan Nurani

Isnin, 31 Disember 2012

2013 Dairi Kehidupan Sudah Bermula, Lakukan Yang Terbaik



Sudah bermula hari ini titik permulaan tahun 2013, bermakna selangkah lagi usia kita bertambah, maknanya kehidupan sepatutnya semakin matang dan ekoran dari kematangan itu maka kita seharusnya kini lebih rasional dalam aspek pemikiran. Setidak-tidaknya kita tahu menilai sesuatu perkara yang buruk dan sesuatu yang baik. Pemikiran lebih rasional dari kita sendiri amat penting demi meneruskan kelangsungan hidup kita di era 2013. SELAMAT MENJALANI DAN MENCATAT DAIRI KEHIDUPAN 2013, LAKUKAN LAH YANG TERBAIK.

Ayuhlah contohi dairi hidup Rasulullah SAW, dialah sebaik-baik ikutan, dialah penghulu segala nabi dan nabi akhir zaman. Hakikatnya kita tidak mampu mengikut jejaknya dan menyulam dairi kehidupan dia sesempurna amalan Rasulullah, tetapi tunaikan lah semampu dan seikhlas nurani kita dalam melayarkan dairi kehidupan 2013 secara berterusan mengamalkan sunnah nabi. Ya, sunah nabi yang sememangnya mudah kita lakukan tetapi kita meremehkannya hanya kerana kesibukkan menjalani kehidupan masa kini. Siapa lagi yang boleh dijadikan contoh sekiranya bukan Rasulullah SAW. Dialah manusia terbaik yang mampu mengolah kehidupan sementara menjadi lebih bermakna. Nabi pernah berkata " Yang paling cerdas dan mulia di antara umatku adalah mereka yang banyak mengingati marti, lalu mempersiapkan hidup sesudah mati." Jelas di sini kata-katanya ini merujuk kepada DAIRI kehidupan kita sehari-hari, baiknya amalan maka baiklah hidup di akhirat dan sebaliknya buruk amalan kita maka buruklah kehidupan di akhirat. Wallahualam.

Lakukanlah teruskanlah permantapkanlah pertambahakanlah zahirkanlah dan laksanakanlah amalan-amalan yang baik demi mengisi dairi kehidupan yang bermula hari ini dengan  menjaga 5 perkara :-
  • Dirikanlah solatmu dengan teratur dan tidak putus waktu.
  • Carilah rezeki dengan cara halal dengan titik peluhmu sendiri.
  • Bersedekahlah pada semampu seikhlasmu dan di jalan yang benar.
  • Berpegang teguhlah pada kalimah Allah dan amalkan sunah nabi.
  • Pertahankan kebenaran dan menolak kebathilan.
ziekaetuza

Isnin, 24 Disember 2012

Tenteramkan Jiwa Kita Dengan Zikrullah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Zikrullah bermaksud sentiasa ingat kepada kuasa Allah, sentiasa membesarkan Allah kerana sememangnya Allah itu amat berkuasa dan maha hebat. Kemana-mana sahaja kita zikrullah yakni berserah pada Allah dan memohonn perlindungan dari bala musibah, memohon rahmat dan berkat kehidupan kita sehari-hari. 

Apabila hati dan jiwa sentiasa zikrullah pastinya ketenteraman jiwa akan kita rasai, sekaligus kita merasakan benar2 bahagia kala menghadapi saat manis kehidupan kita di dunia pana. Kerana orang2 yang tidak pernah lupa kepada Allah dengan amalan  zikrullah, pasti hamba Allah itu akan dikurniakan ketenangan dan bahagia kehidupannya.

Berbanding dengan orang yang alpa, lalai dan sering lupa diri ketika hidup di dunia ini, ia akan merasa hidupnya tidak tenteram dan tidak bahagia. Keadaan lain akan berlaku apabila hidupnya dihimpit badai kemiskinan jiwa yang tenteram. Sudah pasti kemana-mana pergi orang itu merasa hina dan payah untuk mendapatkan rezeki.

Berbahagialah hambaNya yang sentiasa zikrullah, yakni menghambakan diri kepada Allah dan sentiasa ingat Allah walau ke mana langkah kakinya, kerana hakikatnya kita hidup pada hari ini atas dasar izin dan kurniaNya. Secara kesimpulannya dengan amalan zikrullah jiwa akan tenteram serta nikmat lain akan dikecapai seperti :-
  1. Merasa bahagia dan gembira di dunia ini
  2. Allah luaskan &  murahkan rezekinya
  3. Dijauhkan dari penderitaan
  4. Dimudahkan urusan
  5. Diberi keselesaan dalam rumahtangga
  6. Jauh dari sebarang musibah dan mala petaka
  7. Disenangi orang.
Sebaiknya marilah kita amalkan zikrullah, kerana ternyata amalan ini merupakan terapi jiwa yang memberikan rasa tenteram dalam jiwa kita.

zieka&azha
forever.


Sabtu, 15 Disember 2012

Semua Kebaikan Kita Sekecil Mana Dihitung Allah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

       Hari jumaat itu, penghulu segala hari. Kita usah lupa bahawa hari kiamat akhir zaman juga jatuhnya hari jumaat. Solat jumaat juga wajib pada hari jumaat, dan solat zohor 4 rakaat akan digantikan dengan solat jumaat 2 rakaat dan mendengar khutbah jumaat.

Umat Islam menunggu tibanya hari jumaat, sedia dari awal agar tidak ketinggalan di masjid dan surau yang berdekatan. Alhamdulillah dan syukran melihat ruang masjid dan surau itu penuh lega rasa hati kerana syarat solat jumaat adalah 40 jemaah. 

Khutbah jumaat lalu sangat mudah, senang dan meresap ke dalam jiwa raga sesiapa mendengarnya. Khutbah itu di sampaikan oleh Tuan Haji Ahadin Haji Arinin dengan pengisian dan penyampaian yang bersahaja dari beliau. Kenapa aku katakan sangat mudah difahami kerana katanya " Semua kebaikan dan amalan sekecil manapun akan Allah hitungkan". Bayangkan kita membuat amalan sekecil mana tetapi Allah beri imbalan pahala. Sungguh hebat Allah itu. Dapat disimpulkan secara ringkas antara saranan dan amalan yang kecil itu tetapi Allah pasti hitungkan ialah:-
  1. Memberi pertolongan kepada keluarga dalam urusan persiapan kahwin, kenduri dan gotong royong di kampung.
  2. Menumpangkan si polan dan si polan menaiki kereta sekiranya kebetulan kita melihat keadaan cuaca hujan.
  3. Bersedekah walaupun sekecil cuma.
  4. Tidak mengaibkan orang lain.
  5. Datang berjemaah dan meramaikan masjid.
  6. Membantu memasang talian air ke rumah jiran.
  7. Membantu melihat kerosakan talian air.
  8. Membersihkan kampung halaman
  9. Mendirikan solat, tidak sombong dan ikhlas membantu kerana Allah.
  10. Rajin mencari rezeki secara halal dan bersedekah.
Tengoklah, semuanya mudah kita laksanakan tetapi, apabila kita tidak menjaga hati maka kita akan terlalai lalu kita membelakangkan perkara yang wajib dan mengamalkan sikap tidak kisah walhal setiap kebaikan walaupun sekecil manapun akan dihitung oleh Allah yang maha besar.
Wallhualam...

Selasa, 4 Disember 2012

Apabila Hilangnya Rasa Malu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sifat malu adalah sifat indah yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya.Lahirnya sifat malu adalah seiring dengan iman setiap mukmin. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang,dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman"

Marilah wahai umat Nabi Muhammad alaihissalam, pertahankan lah maruah malu yang dianugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan. Kembalilah kepada jalan yang benar, dan carilah jalan kebenaran untuk kita menghampiri pintu-pintu syurga yang telah Allah janjikan. Sesungguhnya jalan ke arah kebenaran dan mencari nur cahaya dariNya amat mudah dan imbalan dariNya amat kita harapkan agar kita bahagia di lembah akhirat.

kadangkala kita terasa amat malu pada diri, apabila melihat situasi masyarakat yang seakan ramai yang terikut pada kehidupan barat, trend mendedahkan aurat begitu berleluasa. Kiri dan kanan kita, terlihat dikalangan remaja wanita yang sudah nampaknya tidak lagi menyimpan rasa malu yang Allah anugerahkan itu. Lihat sahaja ada diantara mereka yang sangat tidak menjaga aurat, malah mereka amat seronok memperagakan susuk tubuh badan dengan menggunakan pakaian-pakaian yang tidak cukup sifat. Lengan baju, seluar dipendekkan hingga terlalu mengaibkan. Tidak hairan lah jika ada yang melihat menaik kan nafsu seraka terutama golongan lelaki. Inilah yang berlaku apabila sifat malu itu semakin diabaikan.

Kembalilah ke pangkal jalan, kembalilah mengutip semula sifat malu yang telah kita lemparkan itu. Kerana dengan sifat malu itu akan terbit sikap TAQWA kepada Allah yang mentakdirkan kehidupan kita di dunia nyata ini. Hidup kita lebih bermakna apabila kita perteguhkan sifat malu dengan meletakkan sifat malu itu di dalam jiwa kita. Kepada hambaNya yang masih ada amalan sifat malu, teruskan dan pertahankan kerana Allah akan memandang hambaNya yang masih berpegang teguh kepada sikap malu yang bermaksud " malu kepada Allah dari melakukan sebarang kejahatan dan kebathilan". Wallahualam.

 etuza&ziekaazha              
~forever.

Sabtu, 1 Disember 2012

Mendidik Jiwa Agar Bersabar.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

     Amalan mendidik jiwa itu perlu diperkukuhkan dengan cara kita, dengan cara yang terbaik agar jiwa itu hidup dengan taqwa kepada Allah. Jika jiwa kita tidak terdidik dengan taqwa yakni takut kepada kemarahan  Allah angkara dosa kita itu, pastinya jiwa itu kosong dengan iman, tiada rasa takut kepada dosa walhal hukumanNya di alam akhirat amatlah berat.

Sebagai hamba Allah kita hendaklah sentiasa berfikir agar kita melayari kehidupan dengan berpegang teguh kepada kehebatan kuasa Allah. Salah satu cara mendidik jiwa kita agar hidup dengan taqwa dan iman ialah dengan cara sentiasa mengingati dan penuh keyakinan bahawa Allah itu sentiasa bersama kita, walau ke  mana kita hendak pergi.

Dengan mengingati  dan meyakini akan kehebatanNya maka kita akan terpelihara dari melakukan kemaksiatan dan kebathilan. Sesungguhnya jiwa kita mudah dihasut oleh bisikan kejahatan sekiranya kita lalai, kita lupa siapa diri kita. Lupa siapa diri kita bermakna kita bagaikan lupa bahawa kita wujud di dunia ini atas kuasa Allah yang maha besar.

Didiklah jiwa dengan mengingati Allah walau kemana, hadirkan rasa keinsafan dalam diri bahawa tiada kehebatan seperti kuasa Allah yang memberikan kita berbagai nikmat kehidupan ini. Apabila kita menjaga jiwa dan rohani kita, dengan mengingati dan meyakini kuasa hebat Allah pastinya kita berjaya menghidari perbuatan yang merosakkan kedamaian jiwa kita, seperti mengumpat, menghina, membenci sesama manusia, sombong, riak, ego, tidak bersyukur, dendam kesumat dan sebagainya perbuatan yang merosakkan kedamaian jiwa itu.

Percayalah bahawa jiwa kita akan lebih tenang apabila kita menerima hakikat bahawa mengamalkan perbuatan yang baik, mengamalkan apa jua amalan yang baik akan menjanjikan imbalan pahala yang melimpah dari Allah ajawajallah. Marilah suburkan jiwa dengan taqwa yakni takut kepada dosa dan meyekini sebenar-benarnya bahawa Allah itu maha hebat dan maha pengurnia kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

 etuza&ziekaazha              
~forever.

Khamis, 29 November 2012

Kata Yang Pasti Ingat Allah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

                   Fikiran Positif

Kata
Makna
Contoh amalan
Qanaah
Menerima apa adanya
~Terima dengan syukur keadaan tubuh badan/ wajah dan rezeki yang Allah berikan.
~Keuntungan jualan jika sekalipun kurang dari target tetap terima kerana itu semua rezeki dariNya.
Saba
Kuat menghadapi cubaan
~Ketika sakit tetap Saba.
~cabaran ketika belajar, yang memerlukan pengurusan masa dan korbankan keseronokan.
~Mencuba sesuatu yang baik demi mencapai cita-cita tetap Saba.
Tawakal
Pasrah pada Allah
~Berserah selepas berusaha.
~Seperti berusaha bercucuk tanam, bersihkan tanaman, semburkan pembunuh serangga dan kemudian tawakal kepada Allah akan nilai hasil tanaman sehingga berhasil.
Tawaduk
Rendah hati
~Tidak ego, tidak sombong dan bongkak.
~Rendah hati kepada Allah dengan solat yang khyusuk.
Taqwa
Takut kepada Allah
~Takut melakukan amalan buruk seperti mencuri, melawan ibu bapa, tinggalkan solat dan lain-lain amalan yang buruk.
Ikhlas
Tulus dalam tindakan
~Jujur dan berterus terang serta tidak berselindung.  Bertanggungjawab kerana diamanahkan terhadap pekerjaannya.Tidak makan gaji buta.
                                                                                                                                             
  etuza&ziekaazha              
~forever.

Ahad, 25 November 2012

Rezeki Yang Tersurat


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita Muhammad Rasullulah, sesungguhnya kita adalah hamba pilihanNya yang seharusnya tanpa henti berselawat ke atas nabi Allah. Alhamdulillah bertemu lagi di arena maya di ruang Bisikan Nurani ini.

Biasanya orang tua masa dahulu, mereka mengamalkan awal bagun pagi, mereka rajin solat subuh, kerana kata mereka rezeki mudah dan murah jika kita amalkan bangun pagi dan solat subuh. Lepas saja solat subuh mereka ( orang tua) masa dahulu akan keluar rumah dengan siap membawa bekalan ke kebun mereka. Selesai semua kerja-kerja di kebun mereka balik dengan penuh rasa gembira kemudian melakukan kerja2 rutin di rumah. Mereka kelihatan tidak sedikitpun merasa penat, kerana inilah rutin mereka sehari-hari.

Sayang sekali pada zaman ini ( era zaman moden ) kelihatannya anak2 remaja begitu lewat bangun dan bingkas dari tidur. Sehingga solat subuh terbengkalai ( tidak solat ). Diarah untuk bangun awal, diberitahu agar bangun dan bersiap tunaikan solat mereka masih tidak endahkan nasihat itu. Mungkin tidaklah semua anak-anak remaja lelaki dan perempuan bersikap demikian tetapi  kita yakin pasti ada dan kita sendiri terbuat hingga lewat bangun pagi.

Terdetik dalam hati, kenapa ikon seperti ibubapa yang benar-benar ikhlas, sayang dan amat-amat kasihkan anak-anak, masih ada para remaja tidak endahkan kata-kata ibubapa itu. Tengoklah mentari sudah meninggi, bahkan burung pagi yang berkicau kini tidak kedengaran lagi kerana burung-burung dan unggas lain itu kini sibuk mencari makanan ke sana ke mari. Sedang masih ada yang terbuai oleh lenanya di empuk katil bertilam. negri rasanya jika tidur hingga mentari mulai di atas kepala. Bagaimana hendak mendapatkan rezeki jika begini ceritanya. Sayang seribu kali sayang....akal fikiran dan badan yang cukup sempurna jika tidak dimanfaatkan ke arah amalan yang baik serta tidak merebut peluang mencari rezeki yang tersurat di Bumi Allah benar-benar akan rugi dalam kehidupan ini.

Kepada anak-anak remaja yang kami kasihi, bagunlah diawal pagi, jemputlah dirikan solat bersama-sama, pastikan kita tidak diulit mimpi yang tak pasti akibat mengamalkan tidur yang berpanjangan. Letakkan impian dan wawasan dalam hidupmu, kerana sesungguhnya hanya orang-orang yang ada impian dan cita-cita dalam kehidupan di masa akan datang yang akan berjaya. Yakinlah bahawa Allah tidak suka kepada amalan tidur yang terlalu mengikut rasa. Allah suka membantu hambanya yang bangun dan solat subuh kemudian terus berdoa dan berusaha untuk mencari rezeki di Buminya ini. 

Rezeki yang tersurat itu sebenarnya ada di mana-mana, pilihlah jalan keluar dari bisikan nurani yang tiodak baik yakni sikap bermalasan, bisikkanlah ke nuranimu bahawa pasti kita akan berjaya mencapai cit-cita, serta alam kehidupan di masa depan yang lebih gemilang berbanding pada hari ini. Ingatlah bahawa Allah janjikan banyak kebaikan seandainya kita mahu mengabdi kepada Allah serta mengharap rezeki dariNya.

etuza&ziekaazha

~forever.

Sabtu, 24 November 2012

Bisikan Angin Bayu

Bisikan angin bayuku...
Menjelang subuh, pagi dan mentari menyinar lalu perlahan
melabuhkan cahaya di upuk timur. Sang mentari akhirnya 
terlelap menjelmakan kegelapan malam. Silih berganti dan
 tidak pernah memungkiri janji-janjinya kepada alam buana.
Seiring dengan itu ada bisikan angin bayu 
membelah awan lalu pecah di halwa telinga.
Gema itu jelas di bayu kehidupanku.
Jelas kalimah-kalimah dilaungkan hingga
meresap dan rasa terpanggil kemabli
kepada qadar manusia yakni seperti ku
bahawa ada kewajiban harus ditunaikan.
Bisikan angin bayu...itu..
Tidak pernah lesu, tidak pernah hilang
selagi ada namanya manusia di bumi ini.
Selagi ada hati yang beriman kepadaNya
Selagi ada yang tabah mempertahankan gema itu..
Yang bagiku ia merupakan bisikan panggilan
bersegera menunaikan ibadah solat yang wajib.
Bisikan angin bayu itu ialah SERUAN AZAN
Menyeru agar kita ingat padaNya..yakni Allah
Dirikanlah solat..apabila bisikan angin bayuku
singgah di halwa telingamu.


etuza&ziekaazha
~forever.

Sabtu, 31 Mac 2012

Hormati dan hargailah insan bergelar GURU


Apakah alasan untuk tidak menghormati dan menghargai guru? Pasti ada alasan kukuh jika dilihat cara guru itu menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Tinggalkan situasi guru dalam lingkungan yang anda tidak senangi, fikirkan keadaan seorang insan bergelar guru yang benar-benarnya guru kepada anda di sekolah, di institusi dan di mana-mana tempat. Hargailah dan hormatilah guru anda itu kerana berkat ilmu anda adalah bergantung kepada rahmatnya dan berkat serta penghalalan guru terhadap apa juga ilmu yang telah disampaikan kepada anda.

Guru yanga benar-benar guru adalah guru yang mempunyai prestasi seperti:-
1. Penyayang kepada murid
2. Menegur kelemahan murid dengan ikhlas
3. Rajin menjalankan P&P
4. Merancang P&P dari masa ke semasa
5. Memeriksa hasil kerja murid
6. Menjadikan murid itu teman tetapi dalam batas antara guru dan murid.
7. Ikhlas menasihati murid itu serta menepati masa.
8. Jujur dalam menjalankan P&P
9. bersikap adil kepada semua murid 
10. Guru yang beriman, sabar dan tabah menghadapi ujian sebagai guru.

Ikhlas ziekaazha abadi

Khamis, 15 Mac 2012

Inilah Taman Kehidupan Untuk Dikongsi Bersama

Asalam..
Petang ini, aku berjaya membina laman ini, dengan keyakinan ingin mencuba terbang mencari sesuatu yang menceriakan kehidupan ini. Dengan harapan ada hikmah disebalik bicara ku di alam maya.

Salam 

Search This Blog