Bisikan Nurani

Sabtu, 1 Disember 2012

Mendidik Jiwa Agar Bersabar.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

     Amalan mendidik jiwa itu perlu diperkukuhkan dengan cara kita, dengan cara yang terbaik agar jiwa itu hidup dengan taqwa kepada Allah. Jika jiwa kita tidak terdidik dengan taqwa yakni takut kepada kemarahan  Allah angkara dosa kita itu, pastinya jiwa itu kosong dengan iman, tiada rasa takut kepada dosa walhal hukumanNya di alam akhirat amatlah berat.

Sebagai hamba Allah kita hendaklah sentiasa berfikir agar kita melayari kehidupan dengan berpegang teguh kepada kehebatan kuasa Allah. Salah satu cara mendidik jiwa kita agar hidup dengan taqwa dan iman ialah dengan cara sentiasa mengingati dan penuh keyakinan bahawa Allah itu sentiasa bersama kita, walau ke  mana kita hendak pergi.

Dengan mengingati  dan meyakini akan kehebatanNya maka kita akan terpelihara dari melakukan kemaksiatan dan kebathilan. Sesungguhnya jiwa kita mudah dihasut oleh bisikan kejahatan sekiranya kita lalai, kita lupa siapa diri kita. Lupa siapa diri kita bermakna kita bagaikan lupa bahawa kita wujud di dunia ini atas kuasa Allah yang maha besar.

Didiklah jiwa dengan mengingati Allah walau kemana, hadirkan rasa keinsafan dalam diri bahawa tiada kehebatan seperti kuasa Allah yang memberikan kita berbagai nikmat kehidupan ini. Apabila kita menjaga jiwa dan rohani kita, dengan mengingati dan meyakini kuasa hebat Allah pastinya kita berjaya menghidari perbuatan yang merosakkan kedamaian jiwa kita, seperti mengumpat, menghina, membenci sesama manusia, sombong, riak, ego, tidak bersyukur, dendam kesumat dan sebagainya perbuatan yang merosakkan kedamaian jiwa itu.

Percayalah bahawa jiwa kita akan lebih tenang apabila kita menerima hakikat bahawa mengamalkan perbuatan yang baik, mengamalkan apa jua amalan yang baik akan menjanjikan imbalan pahala yang melimpah dari Allah ajawajallah. Marilah suburkan jiwa dengan taqwa yakni takut kepada dosa dan meyekini sebenar-benarnya bahawa Allah itu maha hebat dan maha pengurnia kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

 etuza&ziekaazha              
~forever.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Ingin mendengar ketulusan hati anda, di sini ruang bermuhibah.

Search This Blog