Bisikan Nurani

Sabtu, 15 Disember 2012

Semua Kebaikan Kita Sekecil Mana Dihitung Allah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

       Hari jumaat itu, penghulu segala hari. Kita usah lupa bahawa hari kiamat akhir zaman juga jatuhnya hari jumaat. Solat jumaat juga wajib pada hari jumaat, dan solat zohor 4 rakaat akan digantikan dengan solat jumaat 2 rakaat dan mendengar khutbah jumaat.

Umat Islam menunggu tibanya hari jumaat, sedia dari awal agar tidak ketinggalan di masjid dan surau yang berdekatan. Alhamdulillah dan syukran melihat ruang masjid dan surau itu penuh lega rasa hati kerana syarat solat jumaat adalah 40 jemaah. 

Khutbah jumaat lalu sangat mudah, senang dan meresap ke dalam jiwa raga sesiapa mendengarnya. Khutbah itu di sampaikan oleh Tuan Haji Ahadin Haji Arinin dengan pengisian dan penyampaian yang bersahaja dari beliau. Kenapa aku katakan sangat mudah difahami kerana katanya " Semua kebaikan dan amalan sekecil manapun akan Allah hitungkan". Bayangkan kita membuat amalan sekecil mana tetapi Allah beri imbalan pahala. Sungguh hebat Allah itu. Dapat disimpulkan secara ringkas antara saranan dan amalan yang kecil itu tetapi Allah pasti hitungkan ialah:-
  1. Memberi pertolongan kepada keluarga dalam urusan persiapan kahwin, kenduri dan gotong royong di kampung.
  2. Menumpangkan si polan dan si polan menaiki kereta sekiranya kebetulan kita melihat keadaan cuaca hujan.
  3. Bersedekah walaupun sekecil cuma.
  4. Tidak mengaibkan orang lain.
  5. Datang berjemaah dan meramaikan masjid.
  6. Membantu memasang talian air ke rumah jiran.
  7. Membantu melihat kerosakan talian air.
  8. Membersihkan kampung halaman
  9. Mendirikan solat, tidak sombong dan ikhlas membantu kerana Allah.
  10. Rajin mencari rezeki secara halal dan bersedekah.
Tengoklah, semuanya mudah kita laksanakan tetapi, apabila kita tidak menjaga hati maka kita akan terlalai lalu kita membelakangkan perkara yang wajib dan mengamalkan sikap tidak kisah walhal setiap kebaikan walaupun sekecil manapun akan dihitung oleh Allah yang maha besar.
Wallhualam...

6 ulasan:

  1. peringatan yg baik..semoga kita sentiasa di jalanNYA...done follow awak juge..

    BalasPadam
  2. salam ukhuwah...betul tak blog ni kak intan follow? sebab tgk dear ada dua blog..heheh

    BalasPadam
  3. Askm. Insyaallah, sentiasa belajar menjadi yg lebih baik

    BalasPadam
  4. terima kasih sokongan ukuhuwa maya anda...

    BalasPadam
  5. Allah tu maha pengasih lagi maha penyayang.. Sekecil manapun amalan kita akan dihitung asalkan kita ikhlas dan tiada sifat riak.

    BalasPadam
  6. Minta followbacknya yah sob, makasih, salam kenal

    BalasPadam

Ingin mendengar ketulusan hati anda, di sini ruang bermuhibah.

Search This Blog