Bisikan Nurani

Isnin, 31 Disember 2012

2013 Dairi Kehidupan Sudah Bermula, Lakukan Yang Terbaik



Sudah bermula hari ini titik permulaan tahun 2013, bermakna selangkah lagi usia kita bertambah, maknanya kehidupan sepatutnya semakin matang dan ekoran dari kematangan itu maka kita seharusnya kini lebih rasional dalam aspek pemikiran. Setidak-tidaknya kita tahu menilai sesuatu perkara yang buruk dan sesuatu yang baik. Pemikiran lebih rasional dari kita sendiri amat penting demi meneruskan kelangsungan hidup kita di era 2013. SELAMAT MENJALANI DAN MENCATAT DAIRI KEHIDUPAN 2013, LAKUKAN LAH YANG TERBAIK.

Ayuhlah contohi dairi hidup Rasulullah SAW, dialah sebaik-baik ikutan, dialah penghulu segala nabi dan nabi akhir zaman. Hakikatnya kita tidak mampu mengikut jejaknya dan menyulam dairi kehidupan dia sesempurna amalan Rasulullah, tetapi tunaikan lah semampu dan seikhlas nurani kita dalam melayarkan dairi kehidupan 2013 secara berterusan mengamalkan sunnah nabi. Ya, sunah nabi yang sememangnya mudah kita lakukan tetapi kita meremehkannya hanya kerana kesibukkan menjalani kehidupan masa kini. Siapa lagi yang boleh dijadikan contoh sekiranya bukan Rasulullah SAW. Dialah manusia terbaik yang mampu mengolah kehidupan sementara menjadi lebih bermakna. Nabi pernah berkata " Yang paling cerdas dan mulia di antara umatku adalah mereka yang banyak mengingati marti, lalu mempersiapkan hidup sesudah mati." Jelas di sini kata-katanya ini merujuk kepada DAIRI kehidupan kita sehari-hari, baiknya amalan maka baiklah hidup di akhirat dan sebaliknya buruk amalan kita maka buruklah kehidupan di akhirat. Wallahualam.

Lakukanlah teruskanlah permantapkanlah pertambahakanlah zahirkanlah dan laksanakanlah amalan-amalan yang baik demi mengisi dairi kehidupan yang bermula hari ini dengan  menjaga 5 perkara :-
  • Dirikanlah solatmu dengan teratur dan tidak putus waktu.
  • Carilah rezeki dengan cara halal dengan titik peluhmu sendiri.
  • Bersedekahlah pada semampu seikhlasmu dan di jalan yang benar.
  • Berpegang teguhlah pada kalimah Allah dan amalkan sunah nabi.
  • Pertahankan kebenaran dan menolak kebathilan.
ziekaetuza

7 ulasan:

  1. Terima kasih di atas pengongsian ilmu ini...semoga kita jadi insan yg lebih baik dari segala segi tahun ini.

    BalasPadam
  2. kadang2 ada rasa risau di hati, risau dgn amalan yg berkurangan sedangkan tahun & usia semakin meningkat.. :3

    terima kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
  3. Thanks for sharing this :) Semoga akan membentuk menjadi muslimah yg lebih baik :)

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian ini. Sama2lah kita mencontohi Rasulullah..

    BalasPadam
  5. Thx untuk sharing kerana dari segi amalan saya masih perlukan lebih byk lagi, tidak terkira dek jari hatta pasir di pantai sahaja

    BalasPadam
  6. sama2 memperbaiki diri.. nice sharing

    BalasPadam
  7. Nice gan
    sala,
    Rengga-tikus.blogspot.com

    BalasPadam

Ingin mendengar ketulusan hati anda, di sini ruang bermuhibah.

Search This Blog