Bisikan Nurani

Selasa, 4 Disember 2012

Apabila Hilangnya Rasa Malu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sifat malu adalah sifat indah yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya.Lahirnya sifat malu adalah seiring dengan iman setiap mukmin. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang,dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman"

Marilah wahai umat Nabi Muhammad alaihissalam, pertahankan lah maruah malu yang dianugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan. Kembalilah kepada jalan yang benar, dan carilah jalan kebenaran untuk kita menghampiri pintu-pintu syurga yang telah Allah janjikan. Sesungguhnya jalan ke arah kebenaran dan mencari nur cahaya dariNya amat mudah dan imbalan dariNya amat kita harapkan agar kita bahagia di lembah akhirat.

kadangkala kita terasa amat malu pada diri, apabila melihat situasi masyarakat yang seakan ramai yang terikut pada kehidupan barat, trend mendedahkan aurat begitu berleluasa. Kiri dan kanan kita, terlihat dikalangan remaja wanita yang sudah nampaknya tidak lagi menyimpan rasa malu yang Allah anugerahkan itu. Lihat sahaja ada diantara mereka yang sangat tidak menjaga aurat, malah mereka amat seronok memperagakan susuk tubuh badan dengan menggunakan pakaian-pakaian yang tidak cukup sifat. Lengan baju, seluar dipendekkan hingga terlalu mengaibkan. Tidak hairan lah jika ada yang melihat menaik kan nafsu seraka terutama golongan lelaki. Inilah yang berlaku apabila sifat malu itu semakin diabaikan.

Kembalilah ke pangkal jalan, kembalilah mengutip semula sifat malu yang telah kita lemparkan itu. Kerana dengan sifat malu itu akan terbit sikap TAQWA kepada Allah yang mentakdirkan kehidupan kita di dunia nyata ini. Hidup kita lebih bermakna apabila kita perteguhkan sifat malu dengan meletakkan sifat malu itu di dalam jiwa kita. Kepada hambaNya yang masih ada amalan sifat malu, teruskan dan pertahankan kerana Allah akan memandang hambaNya yang masih berpegang teguh kepada sikap malu yang bermaksud " malu kepada Allah dari melakukan sebarang kejahatan dan kebathilan". Wallahualam.

 etuza&ziekaazha              
~forever.

2 ulasan:

  1. Benar Zieka..malu seakan sudah semakin hilang dari kamus hidup masyarakat sekarang.

    BalasPadam
  2. Malu itu perlu....utk mengawal diri dari sifat yang keji...kan indah tu...

    salam..azie singgah sini...

    BalasPadam

Ingin mendengar ketulusan hati anda, di sini ruang bermuhibah.

Search This Blog